MATLAMAT

  • Menggalak dan mengembangkan pembelajaran Bahasa Arab dan kebudayaan Islam dengan berbagai-bagai cara yang sesuai.
  • Menolong, terutamanya ahli-ahli Persatuan, dalam memahami dan mendalami isi kandungan dan makna Al-Quran, Al-Hadith dan sumber-sumber lain dalam Bahasa Arab.
  • Menganjurkan berbagai-bagai kegiatan untuk meningkatkan pengetahuan bahasa Arab dan kebudayaan Islam di kalangan ahli dan anggota masyarakat yang berminat.

 

BIDANG KERJA

  • Menerbitkan bahan-bahan bacaan dalam bahasa Arab dan bahasa-bahasa lain tentang bahasa Arab dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
  • Menganjurkan kelas-kelas bahasa Arab untuk ahli-ahli dan anggota-anggota masyarakat yang berminat
  • Menganjurkan kegiatan-kegiatan lain selaras dengan matlamat Persatuan yang tersebut di atas.
  • Bekerjasama dengan persatuan-persatuan dan badan-badan lain yang sesuai dengan Persatuan dalam kegiatan-kegiatan yang dipersetujui bersama.
  • Mendapatkan wang melalui pemberian, derma, yuran-yuran dan lain-lain cara yang tidak bertentang dengan undang-undang untuk menjalankan tujuan-tujuan Persatuan.