Kelas Mini : Kelas Memasak (Nasi Kabsah & Puding Cocktail)

Kelas memasak merupakan antara aktiviti tahunan yang dijalankan oleh Persatuan Bahasa Arab Malaysia. Pada tahun ini, menu kelas ini adalah Nasi Kabsah & Puding Cocktail. Kelas ini telah berlangsung pada:

Hari : Ahad

Tarikh : 14 Januari 2018

Lokasi : Rumah PBAM, Jalan Gasing

Penyertaan : Ahli PBAM, peserta Kelas Bahasa Arab serta AJK PBAM

Laporan ringkas aktiviti ada di sini

Kelas Bersiri : Warsyah Al-Muhadathah

Pihak persatuan berharap setiap ahli jawatankuasa induk mempunyai sekurang-kurangnya sedikit kemahiran bertutur dalam bahasa Arab. Warsyah Al-Muhadathah ini merupakan satu inisiatif untuk menghadapi cabaran ini. Warsyah ini telah bermula pada 21 Januari 2018 dan akan berterusan setiap dua minggu.

Hari : Ahad (Setiap 2 minggu)

Tarikh : Bermula 21 Januari 2018

Waktu : 10 pagi – 12 tengahari

Lokasi : Rumah PBAM, Jalan Gasing

Penyertaan : AJK Induk & AJK Kerja PBAM

Jadual serta laporan warsyah ada di sini

Kelas Bersiri : Kelas Fiqh Wanita 2018

Persatuan Bahasa Arab Malaysia (PBAM) bercadang mengadakan Kelas Fiqh Wanita sebagai salah satu aktiviti kemasyarakatan  melibatkan masyarakat di sekitar Rumah PBAM, Gasing Indah. Kelas ini masih belum bermula

Hari : Isnin (Setiap Minggu)

Tarikh : Belum Ditentukan

Waktu : 9.30 pagi – 12.30 tengahari

Lokasi : Rumah PBAM, Jalan Gasing

Penyertaan : Ahli Wanita PBAM & Ahli Wanita Persatuan Penduduk

Cadangan aktiviti ada di sini