Keahlian PBAM

Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang mempunyai minat dalam Bahasa Arab boleh memohon untuk menjadi ahli Persatuan Bahasa Arab Malaysia. Keahlian yang boleh dimohon adalah:

  • Ahli Biasa
  • Ahli Seumur Hidup

Ahli Biasa dan Ahli Seumur Hidup berhak mengundi di dalam Mesyuarat Agung dan memegang jawatan dalam Jawatankuasa Kerja dan jawatankuasa-jawatankuasa dalam Persatuan. Ahli juga akan diberi keutamaan di dalam setiap kegiatan PBAM

Ahli Biasa mempunyai tempoh sah selama SETAHUN sahaja, dan perlu dibayar Yuran Keahlian setiap tahun. Ahli Seumur Hidup tidak mempunyai tarikh tamat keahlian

Yuran Keahlian

  • Pendaftaran kali pertama untuk Ahli Biasa akan dicaj sebanyak RM39 dan Yuran Tahunan sebanyak RM24 untuk setiap tahun berikutnya
  • Pendaftaran Ahli Seumur Hidup akan dicaj sebanyak RM115, dan dibayar sekali seumur hidup