
Cadangan Mengadakan Kelas Fiqh Wanita
PBAM 2018
Pendahuluan
Persatuan Bahasa Arab Malaysia (PBAM) bercadang untuk mengadakan Kelas Fiqh Wanita PBAM 2018 khusus untuk wanita sahaja bagi membantu memantapkan lagi kefahaman mereka mengenai ilmu fiqah. Kelas ini dianjurkan oleh potfolio Yang DiPertua PBAM
Objektif
Pada akhir warsyah peserta akan dapat:
- Membezakan di antara Suci dengan Bersih
- Memahami ilmu fiqah yang menjadi amalan harian umat Islam
- Melaksanakan kaedah fiqah dalam kehidupan harian
Pengisian
- Bab Taharah
- Bab Ibadat
- Bab Muamalat
- Bab Munakahat
Tenaga Pengajar
- YBhg Datin Ustazah Nik Ismah Binti Haji Nik Abd Rahman
Penyertaan
- Ahli wanita PBAM
- Wakil wanita Persatuan Penduduk Gasing Indah
Cadangan Tarikh / Hari / Masa / Tempat
Tarikh : Januari sehingga Disember 2018
Hari : Isnin setiap minggu (4 Kali sebulan)
Masa : 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari
Tempat : Rumah PBAM
Penutup
PBAM berharap semoga kelas ini dapat memberi impak yang berkualiti kepada golongan wanita dalam melaksanakan ajaran Islam yang sebenar